Tuesday, May 15, 2012

Sumbangan Islam Dalam Bidang Perubatan..!


PERUBATAN

Pengenalan
Perubatan adalah amalan semua umat manusia dalam dunia ini tanpa mengira bangsa, keturunan atau ugama kerana sesiapa boleh diserang penyakit. Usaha untuk mendapatkan ubat bagi sesuatu jenis penyakit telah dilakukan sejak zaman Nabi Allah Adam a.s. sehingga sekarang dan usaha ini masih berterusan. Jenis penyakit kian bertambah dan lebih rumit lagi dengan perubahan cara gaya hidup manusia dan perubahan dalam alam sekitaran. 

Rasullullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud”

“Setiap penyakit ada ubat melainkan penyakit tua dan mati”.

Walaupun berbagai jenis ubat telah dicipta oleh manusia, namun masih banyak lagi penyakit yang belum diketahui punca dan ubatnya. Umat Islam juga tidak terkecuali dari diserang dan berbagai usaha dan cara dilakukan untuk merawat penyakit. Rasullullah s.a.w. menggalakkan umatnya berusaha untuk mendapat ubat bagi setiap penyakit yang dihidapi. Malah Baginda menekankan pentingnya pencegahan penyakit melalui langkah-langkah tertentu.


Tokoh Perubatan Islam
Sejarah Islam telah berjaya melahirkan ramai sarjana yang pakar dan tokoh yang memberi sumbangan dalam ilmu perubatan. Antara mereka Zakaria al-Razi yang menghasilkan "Kitab al-Hawi", Ammar bin Ali yang menulis "Kitab al-Muntakhab", Ibn Sina tahun (al-Qanun fi al-Tibb), Ali Ibnu Abbas al-Majusi (al-Maliki), Ali al-Tabari (Firdaus al-Hikmah), Ibnu Rusyd tahun 1126 - 1198(al-Kuliyah), dan al-Baitar yang merupakan pakar terulung dalam ilmu surgeri. Antara lainnya Al Zahrawi dan Ibnu Nafis 

1. Ibnu Nafis ( 1208 - 1288). 

Nama sebenar beliau ialah Ala-al-Din Ibn Nafis. Beliau adalah seorang doktor dan pakar bedah dari Syria, beliau meninggal dunia di Kaherah. Ibnu Nafis yang turut dikenali dengan gelaran Bapa Perubatan. Selain seorang cendikiawan Islam yang mengkaji pembangunan dalam perubatan moden, beliau juga dikenali kerana kajiannya dalam ilmu logik (mantiq), falsafah, bahasa, ilmu bayan, hadis dan usul fiqh.

Sumbangan Beliau
i. Beliau memberi penjelasan mengenai sistem kecil peredaran darah, melalui rongga-rongga jantung dan paru-paru. Dalam kajiannya, beliau mendapati darah beredar antara jantung dengan paru-paru. 

ii. Beliau adalah seorang doktor dan pakar bedah dari Syria. Beliau telah menghasilkan teknik pembedahan dan perawatan selepas pembedahan

Karya beliau
i. Kitab ‘Al-Shamil fi'l-sina At-tibbiyah’ (Suatu Kajian Men yeluruh Bagi Seni Perubatan) yang merangkumi bidang pembedahan
ii. Kitab al-Mukhtar fi al-Aghdhiya, yang mengupas tentang efek diet bagi kesehatan. 
iii. Kitab al-Shamil fi al-Tibb, menjadi sebuah ensiklopedia yang terdiri dari 300 jilid, tapi terhenti di tengah jalan karena Al-Nafis wafat.


2. Al-Zahrawi/Albulcasis(936-1013M) 

Nama sebenar beliau ialah Abul Qasim Khalaf Ibn al-Abbas al-Zahrawi beliau dikenali juga dengan Abulcasis dalam penulisan Barat dan dianggap sebagai Bapa Bedah Moden.Beliau dilahirkan pada tahun 936M di Zahra, Cordova, ibu negeri Sepanyol. Penglibatan beliau dalam bidang perubatan lebih tertumpu kepada bidang pembedahan di Sepanyol pada abad ke-10. Umum mengenalinya sebagai pakar bedah yang terbaik pada Zaman Pertengahan dan tidak mustahillah ketokohannya itu menyebabkan beliau digelar sebagai "Bapa Pembedahan Moden"Selain daripada bidang pembedahan, beliau juga pakar dalam bidang pergigian. Beliau telah memperkenalkan banyak pembaharuan dalam bidang ini 

Sumbangan beliau
Al-Zahrawi sememangnya seorang pakar bedah yang dikagumi dan dihormati ramai. Ramai pesakit dan pelajar yang datang berjumpa dengannya untuk mendapatkan rawatan dan meminta nasihat. Antara sumbanganbeliau dalam bidang ini ialah :
Sebagai seorang pengkaji alat-alat pembedahan,Al-Zahrawi terkenal dalam menghasilkan alat-alat untuk mengenalpasti bahagian dalaman badan seperti telinga dan saluran kencing. 
ii. Beliau ialah orang pertama yang mengenal pasti penyakit keturunan yang dikenali sebagai hemofilia.
iii. Al-Zahrawi juga menyumbang kepada penyediaan ubat-ubatan dan aplikasi teknik-teknik dalam pembedahan. 
iv. Beliau juga menjadi orang yang pertama menceritakan dengan terperinci mengenai hemofilia dan penggunaan benang sutera untuk tisu yang berselirat.
v. Sebagai seorang pengamal perubatan, al-Zahrawi mengkaji penyakit dan pengkelasan penyakit, dan membincangkan mengenai cara-cara mengelakkan penyakit (profilaksis), meningkatkan kesihatan dan mengurangkan kesakitan.
vi. Sebagai seorang ahli bedah beliau telah membincangkan tentang pembedahan dan membicarakan mengenai alat-alat yang beliau guna secara terperinci. Sebagai seorang ahli kimia ubat, beliau telah memberi sumbangan yang banyak terhadap bentuk ubat atau dos, teknik dan alat penyediaan ubat.
vii. Al-Zahrawi juga pakar dalam bidang pergigian dan pembedahan mulut. Bahagian yang terakhir dalam buku ini membincangkan mengenai penyakit gigi dan pengubatannya. Ia mengandungi lakaran-lakaran alat yang diciptanya.Beliau juga mengenal pasti langkah-langkah untuk menyediakan gigi tiruan yang dibuat daripada tulang haiwan.


IBN SINA (981-1037M)

Nama sebenarnya Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdullah, dilahirkan pada tahun 981M di Afshana berhampiran Bukhara (kini dikenali sebagai Uzbekistan). Beliau yang lebih dikenali sebagai Avicenna di kalangan masyarakat Eropah merupakan pakar perubatan, sains, falsafah, muzik, matematik, puisi dan kaji bintang pada masa tersebut. Ibn Sina dianggap sebagi 'Bapa Perubatan' oleh penulis-penulis Barat kerana beliau telah menyatupadukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen, pengalaman ahli-ahli perubatan India dan Parsi serta hasil pengalaman beliau sendiri untuk diamalkan. 

Sumbangan Beliau

Antara sumbangannya dalam bidang perubatan ialah :
a. Beliau telah menjalankan kajian terhadap tubuh manusia yang dikenali sebagai anatomi. Hasilnya, beliau mendapati jantung mengandungi 3 injap yang akan terbuka dan tertutup dengan sendirinya semasa jantung mengepam darah. 
b. Beliau juga memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung untuk mengenalpasti ketidakseimbangan hormon yang berkenaan. Apa yang menarik mengenai ilmu ini ialah beliau dapat memulihkan pesakit yang menghadapi masalah sakit jiwa 
c. Beliau turut memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan menemui ilmu yang kita kenali hari ini sebagai ilmu perubatan psikosomatis di mana ia menunjukkan perkaitan antara psikologi dengan kesihatan. Ibn Sina juga menyedari betapa pentingnya emosi dalam usaha pemulihan pesakit. Minatnya yang mendalam dalam bidang berkaitan kesan akal ke atas jasad menyebabkan banyak daripada hasil karyanya berkisar mengenai gangguan psikologi.
d. Beliau juga ada menceritakan simptom-simptom penyakit kencing manis (diabetes) dan masalah yang akan timbul daripadanya.
e. Ibn Sina juga menjadi saintis yang pertama menerangkan mengenai bahagian-bahagian berbeza pada mata seperti kornea, koroid, iris, retina, lapisan kanta dan lain-lain.

Al-Razi (864-930 M)

Nama sebenar beliau ialah Abu Bakr Muhammad Ibn Zakariya Al-Razi.Beliau dikenali di Barat sebagai Rhazes. Beliau yang berbangsa Parsi Beliau pernah digelar sebagai Jalinus Arab (Galen of the Arab) dan pernah menjadi guru kepada Ali Ibn Rabban al-Thabari,Hunayn Ibnu Ishaq dan Ibn Sina Dalam masa yang sama beliau juga belajar matematik, astronomi, sastera, dan kimia dan belajar ilmu falsafah. Ar-Razi amat menonjol dalam bidang kimia dan perubatan. 

SUMBANGAN
Al-Razi telah memberi banyak sumbangan dalam bidang perubatan. Antaranya :

a. Beliau merupakan orang yang pertama yang menemui penyakit campak dan cacar
b. Al-Razi juga adalah orang yang pertama memperkenalkan alkohol (Bahasa Arab: Al-Kuhl) untuk tujuan perubatan.
c. Orang yang pertama menggunakan opium (dadah) untuk tujuan bius.
d. Beliau juga menekankan kaitan antara makanan dan kesihatan. Beliau mengaitkan ini sebagai hasil pengaruh faktor psikologi terhadap kesihatan.
e. Al-Razi adalah orang yang pertama membincangkan mengenai penyakit katarak iaitu sejenis penyakit mata.Beliau pernah menjalankan pembedahan memulihkan selaput mata dengan cara menarik keluar lensa 
f. Al-Razi juga pernah membuat kajian mengenai penyakit batu karang di mana beliau mendapati litoriti merupakan proses untuk menghancurkan batu karang dalam pundi-pundi kencing kepada bahan-bahan kecil supaya senang dikeluarkan melalui saluran kencing.
g. Selain daripada itu, beliau juga telah memberikan sumbangan dalam usaha mengubati penyakit cacar dan campak.Al-Razi merupakan orang yang pertama membezakan kedua-dua penyakit ini seterusnya membuat kajian sistematis mengenai penyakit tersebut.



diambil dari : 

Monday, May 14, 2012

Sumbangan Islam Dalam Bidang Kesenian..!


KESENIAN ISLAM 

Pengenalan
Sifat tabi’i alam dan fitrah diri manusia sendiri yang mana perasaan seni yang tumbuh dalam diri manusia merupakan anugerah tabi’i dari Allah yang amat berharga. 
Pada diri insan Allah kurniakan jiwa, akal dan indera yang tiap-tiap satu berfungsi dan memerlukan tuntutan –tuntutan yang prrlu dipenuhi bagi kesempurnaan keinsanannnya. Jiwa menuntut kerohanian, akal menuntut keilmuan dan indera menuntut kesenian. Sedang tiap-tiap bidang pula tidak berdiri sendiri-sendiri tetapi bersatu pada puncaknya di lautan intelek dan falsafah mencari kebenaran.

Difinisi seni
Seni didefinisikan sebagai sesuatu kriteria yang estetika dan ia meliputi kesusasteraan, muzik, drama, lukisan dan ukiran. Dalam Kamus Dewan ia bermaksud sesuatu karya sama ada sajak, muzik yang diciptakan dengan bakat kecekapan ataupun hasil daripada sesautu ciptaan.Herbert Read di dalam bukunya The Meaning of Art mengatakan seni sebagai percubaan untuk mencipta sesuatu yang menyenangkan hati kerana perasaan yang menyenangkan hati itu merupakan perasaan yang mengalami keindahan. Oleh itu, sesuatu objek yang diciptakan untuk 

Dari segi istilah, seni adalah sesuatu yang halus dan indah lagi menyenangkan hati serta perasaan manusia, tidak kira sama ada ia ciptaan Allah ataupun yang dihasilkan oleh fikiran, kemahiran, imaginasi dan perbuatan manusia. Dalam pengertian yang lebih padu seni adalah nilai halus, indah, baik, berguna dan bermanfaat kepada manusia.

Pandangan Islam tentang Seni
Agama Islam mengharuskan perasaan cinta kepada kesenian dan keindahan. Allah sentiasa menyeru manusia supaya memerhati keindahan yang terdapat dalam alam ini. Tamadun Islam telah menghidupkan pelbagai jenis seni dan seni-seni ini telah berkembang dalam tamadun Islam sehingga menjadi tamadun Islam sebagai sebuah tamadun yang unik dan berbeza dengan tamadun-tamadun lain. Al-Quran menceritakan keindahan langit (Qaf, ayat 6), keindahan bumi yang terbentang luas (Qaf, ayat 7), keindahan kejadian haiwan ( al-Nahli, ayat 6), keindahan ciptaan manusia (al-Taghabun, ayat 3 dan al-Infitar, ayat 7-8)

Islam adalah agama yang berdasarkan realiti kehidupan. Ia memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia keseluruhannya sama ada aspek rohani, jasmani, pemikiran ataupun perasaan. Islam menuntut agar unsur-unsur ini dilaksanakan secara keseluruhan dalam skop yang sederhana yang dibenarkan oleh agama iaitu tidak telalu boros dan melampau dan tidak pula kikir dan sempit. 

Firman Allah yang bermaksud : “ Wahai anak-anak Adam, pakailah perhiasan kamu keika waktu sembahyang. Makanlah dan minumlah dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak mengasihi orang yang berlebih-lebihan. Katakanlah “ siapakah yang mengharamkan perhiasan Allah yang dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya dan rezeki yang baik.” (al-A’raf, ayat 31-32)

Keindahan itu sebahagian dari seni. Ini bermakna Islam tidak menolak kesenian. Al-Quran sendiri menerima kesenian manusia kepada keindahan dan kesenian sebagai salah satu fitrah manusia semulajadi anugerah Allah kepada manusia.Seni membawa makna halus, indah dan permai. 

Kesenangan dan kepuasaan merupakan salah satu daripada tuntutan naluri manusia. Kesenangan dan keindahan dapat dilahirkan ke alam kenyataan melalui bentuk-bentuk tertentu sama ada artifak-artifak yang berbentuk seni bina, seni hias, seni bunyi, seni kaligrafi, seni sastera dan lain-lain.

Imam al-Ghazali dalam Kimya al-Sa’adah menjelaskan bahawa keindahan itu terbahagi kepada keindahan lahir yang bersifat inderawi yang dapat dialami bukan saja oleh anak-anak bahkan binatang dan keindahan batin yang hanya dapat ditanggapi oleh mata hati dan cahaya jiwa. Keindahan seni dari sudut ini bukan semata-mata memberi kepuasan inderawi tetapi merupakan salah satu wasilah untuk mendekatkan diri kepada Allah. Sesungguhnya keindahan alam adalah nisbi dan manifestasi Allah yang bersifat Abadi. Jika keindahan alam yang bersifat sementara itu dikagumi, maka keindahan yang Abadi itu seharusnyalah berlebih-lebih lagi. 

Hadith nabi yang bermaksud: “ Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Dia suka kepada keindahan.” (riwayat Muslim dalam kitab al-Iman)


Terdapat banyak cabang bidang kesenian. 
1. Seni Ukiran
i. Tembikar
ii. Ukiran Logam
iii. Ukiran Kaca
iv. Ukiran Kayu.
v.Ukiran Perhiasan
vi. Permata

2. Kaligrafi Khat Arab

3. Seni Bina Bangunan 

4. Muzik, 

5. penulisan dan puisi



Sumbangan Tamadun..!


KEAGUNGAN sesebuah empayar atau bangsa banyak bergantung pada pencapaiannya dalam pelbagai bidang. Pencapaian ini, akhirnya menjadi sumbangan tamadun manusia kepada peradaban dunia yang kekal mempengaruhi perjalanan masyarakat dunia sejak dulu hingga kini. Lihat bagaimana besarnya sumbangan tamadun dunia seperti Mesir, Mesopotamia (Babylon), Yunani, Rom, Parsi, China, India, Jepun, Eropah dan paling penting, tamadun Islam dengan keunggulannya berbanding tamadun lain yang pernah dibina dan dicatat dalam sejarah dunia. 

Bagi Malaysia, dalam usaha menyusun perancangan untuk melayakkan kita mencapai taraf masyarakat hadhari, 10 prinsip digariskan sebagai panduan mencapai matlamat itu. Antara prinsip paling asas adalah keimanan dan ketakwaan kepada Ilahi; kemerdekaan jiwa daripada sebarang bentuk belenggu; penguasaan ilmu pengetahuan; keseimbangan pembangunan ekonomi, keutuhan akhlak serta budaya dan keampuhan sistem pertahanan. Prinsip ini juga yang mendasari tamadun Islam dan menjadikan ia berbeza dengan tamadun lain di dunia.

Tiga ciri utama tamadun Islam adalah akidah suci dan kukuh kepada Allah; syariah yang dijadikan panduan serta peraturan hidup dan akhlak mulia. Ciri itu yang membuatkan pembinaan tamadun gemilang oleh umat Islam lebih bererti berbanding bangsa lain di dunia. Tamadun Islam yang berasaskan prinsip suci, contohnya yang diwakili oleh Kerajaan Bani Ummayyah (Damsyik: 41-133 Hijrah/ 661 -750 Masihi. dan Andalus: 139-423 Hijrah./756-1031 Masihi) dan Bani Abbasiyyah (Baghdad: 132-656 Hijrah/750-1258 Masihi) memperlihatkan keunggulan yang tidak terbanding. 

Ilmu pengetahuan pada zaman pemerintahan Kerajaan Bani Ummayyah yang berpusat di Damsyik berkembang dengan pesat dan meliputi bidang bahasa, sastera, sains, perubatan serta ilmu agama seperti hadis, fiqh, tafsir dan tauhid. Antara kota yang menjadi tumpuan perkembangan ilmu adalah Kufah dan Basrah di Iraq (ilmu bahasa serta sastera). Kerajaan Bani Ummayyah yang berpusat di Andalus pula berkembang lebih pesat, selain berjaya membina tamadun lebih besar dalam pelbagai aspek agama dan bukan agama.

Cordova menjadi pusat ilmu pengetahuan di Eropah pada abad keempat Hijrah/10 Masihi. Bangsa Eropah memperoleh manfaat daripada perkembangan ini. Mereka berpeluang mempelajari banyak ilmu Islam yang berkembang di seluruh Andalus. Ia bukan saja di Cordova, malah bandar lain seperti Seville, Toledo dan Granada. Bagi Kerajaan Abbasiyyah pula, kegemilangannya juga setanding Bani Ummayyah di Andalus.
Kota Baghdad seperti Cordova juga memainkan peranan penting dalam penyebaran ilmu pengetahuan dan tamadun Islam, terutama pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan puteranya, al-Ma'mun. 

Kegemilangan zaman pemerintahan kedua-dua pemerintah berwibawa ini mendorong sejarawan menamakannya Zaman Keemasan Kerajaan Abbasiyyah. Hal ini kerana, pada zaman itu, kegiatan ilmiah berkembang dengan amat pesat melalui penulisan buku, penterjemahan, hubungan diplomatik dan perdagangan dengan negara maju luar, termasuk di Eropah, India dan China secara meluas. Hasil kegiatan ilmiah ini melahirkan ramai tokoh ulama, ahli bahasa, sastera dan tokoh dalam bidang ilmu yang lain, termasuk bidang astronomi, astrologi, matematik, perubatan seni muzik dan falsafah. Kesan dan pengaruh kegiatan ilmiah ini terhadap dunia luar amat besar. 

Berbicara mengenai Baghdad yang diasaskan oleh al-Mansur pada 762 Masihi atau nama asalnya Madinah al-Salam, tentunya tidak lupa untuk mengaitkannya sebagai salah satu ikon utama tamadun Islam. Kedudukan penting Baghdad membanggakan, namun yang tragisnya, kota itu kerap menjadi tumpuan misi kehancuran oleh manusia yang tidak bertamadun. Serangan dan kemusnahan ke atas Baghdad bagaikan pita rakaman yang diulang berkali-kali. Apa yang menyedihkan, keruntuhan Baghdad turut meruntuhkan bersama-samanya asas keyakinan umat Islam bahawa mereka masih boleh membina tamadun berpandukan kegigihan dan usaha keras generasi sebelumnya. 

Kota agung kebanggaan Islam ini mengalami kehancuran buat pertama kalinya ketika pemerintahan al-Mu�tasim (1258 Masihi) apabila Hulagu Khan, iaitu cucu Genghiz Khan yang memimpin 200,000 tentera kejam Mongol menyerang Baghdad. Khalifah, pembesar Baghdad serta umat Islam dibunuh dan mayat mereka dicampakkan ke dalam Sungai Tigris. Bangunan yang menjadi mercu tanda kegemilangan Islam dirobohkan. Demikian juga Baitul Hikmah, universiti dan madrasah yang menjadi nadi penggerak perkembangan tamadun dunia pada zaman itu turut dimusnahkan. Sungai Tigris juga menjadi saksi terpadamnya khazanah ilmu Islam yang dihumban ke dalamnya, lalu menukar airnya menjadi lautan tinta yang pekat.

Kehancuran dan keruntuhan kota Baghdad sering diratapi oleh umat Islam sama ada pujangga mahupun orang biasa. Ibn Juzayy (1321-1356/8 Masihi), sasterawan muda Andalus yang dititah Sultan Abu Inan supaya bekerjasama dengan Ibn Battutah dalam penghasilan karya Rihlah Ibn Battutah, turut memetik syair ilham Abu Tamam Habib ibn Aus. Beliau seolah-olah dapat melihat sendiri tragedi yang menimpa Baghdad:
Demi Allah, sesungguhnya tinggal di Baghdad seorang yang mengumumkan kematiannya.  Tangisilah, tangisilah akan keruntuhan zamannya. Pada suatu masa dulu, ia tetap gemilang walaupun peperangan menyala, lalu api dipadamkan, sedikit di segenap pelosoknya. Manusia mengharapkan detik gemilangnya akan kembali tiba, tetapi kini, segala harapan yang disimpan menjadi suram laksana wanita tua yang meninggalkan zaman mudanya dan hilang kecantikan yang menghiasi dirinya.

Dari satu aspek, kehancuran kota Baghdad dan kemusnahan ribuan monumen yang melambangkan kegemilangan tamadun Islam zaman silam haruslah pula ditanggapi dengan penuh keinsafan, bijaksana dan jiwa terbuka. Ada limpahan rahmat yang tidak terlihat oleh pandangan mata di sebalik keruntuhan dan kehancuran kota warisan Islam serta monumen yang melambangkan tamadun yang bermula sejak kurun ketujuh ini.
Keruntuhan Baghdad buat kesekian kalinya oleh Amerika Syarikat pada 12 April 2003 membawa rahmat Ilahi yang mungkin tidak terjangkau dek pemikiran manusia terbatas.

Kehancuran monumen berharga dan kemusnahan muzium serta perpustakaan (termasuk perpustakaan al-Quran di Kementerian Wakaf Agama di sekitar kota Baghdad yang menyimpan khazanah tidak ternilai harganya turut menghancurkan jiwa umat Islam seluruh dunia. Kita harus menerimanya dengan penuh reda dan insaf. Inilah cabarannya untuk kita umat Islam, khususnya di Malaysia untuk kembali bangkit membina semangat dan kekuatan agar berupaya membina tamadun gemilang, jika pun tidak setanding Baghdad. 

Gagasan idea dicetuskan dan yang tinggal hanya kesungguhan untuk membuktikan bahawa kita berkeupayaan menjadikan cita-cita murni ini bukan sekadar mimpi atau khayalan, tetapi benar-benar suatu kenyataan. Lebih penting, buktikan juga bahawa tamadun yang dibina itu tidak sesekali akan terikat dengan tuntutan alam, sejarah mahupun resam dunia iaitu yang berada di puncak pasti akan kembali ke tanah semula. Dengan kata lain, kita mesti berusaha menghindari perkara negatif, hasil perbuatan sendiri bagi memastikan pencapaian tamadun kita sentiasa berada pada tahap cemerlang dan gemilang.

Monday, May 7, 2012

Nilai-Nilai Universal Antara Tamadun..


INSTITUSI KELUARGA DAN KOMUNITI


TAMADUN ISLAM
 Tamadun Islam yang berasaskan ajaran al-Quran memberi kepentingan dalam hubungan kekeluargaan.
 Hubungan anak-anak dengan ibu bapa berasaskan kepada hak dan tanggungjawab.
 Islam menegaskan hak terhadap anak mestilah dilaksanakan sejak anak itu di dalam kandungan.
- Ibu bapa bertanggungjawab memberi pendidikan yang sempurna kepada anak-anak-merangkumi pendidikan agama dan kemahiran.
- Anak-anak tidak boleh menderhaka terhadap ibu bapa kerana keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa.
- Konsep keadilan menjadi asas di dalam sistem keluarga Islam.

TAMADUN CHINA
-Keluarga merupakan unit asas dalam tamadun China.
-Ajaran Confucius menjadi asas kepada tamadun China-pentingkan hubungan kasih sayang dan hierarki kuasa.
-Konsep ‘li’ menekankan 5 jalinan hubungan sesama manusia:-
a) hubungan maharaja dengan rakyat
b) hubungan bapa dengan anak
c) hubungan abang dengan adik
d) hubungan suami dengan isteri
e) hubungan kawan dengan kawan
-Anak-anak tidak boleh menderhaka kepada kedua ibu bapa.
-Konsep ketaatan yang kental kepada ibu bapa menyebabkan masyarakat cina mengadakan upacara mengingati nenek moyang-bertujuan mengucapkan terima kasih dan menunjukkan ketaatan kepada nenek moyang dan ibu bapa yang telah meninggal.

TAMADUN INDIA
-Unit penting dalam tamadun India.
-Pembinaan keluarga mempunyai matlamat untuk membentuk sistem sokongan yang berbentuk fizikal dan kerohanian, di samping menjadi penerus zuriat.
-Keluarga bersama ialah bentuk yang paling menonjol dalam sistem kekeluargaan India.
-Walaupun hubungan darah yang dikiradaripada anggota lelaki daripada keluarga yang sama merupakan asas ikatan kekeluargaan tetapi yang lebih penting ialah ikatan yang didasarkan oleh perasaan kasih sayang dan rasa hormat.


KOMUNITI

TAMADUN ISLAM
-Komuniti atau masyarakat adalah unit yang penting dalam tamadun Islam.
Ikatan sesama anggota komuniti tidak hanya ditentukan oleh hubungan kekerabatan, malah hubungan sesama agama(ukhwah) dan hubungan sesama manusia yang merangkumi hubungan orang Islam dengan jiran yang bukan Islam.
-Tamadun Islam menggariskan hak dan tanggungjawab individu Islam terhadap jirannya dan peringkat-peringkat ikatannya dengan jiran tersebut.
-Asas hubungan individu dalam Islam:-
a) ikatan kekerabatan
b) persamaan agama
c) ikatan kemanusiaan
-Hubungan sesama anggota masyarakat berasaskan konsep egalitarian bermaksud sama rata.
-Dalam pengertian sebenar ajaran Islam, tidak wujud sistem kelas dalam masyarakat-tidak membezakan kdudukan lelaki dan wanita.
-Konsep sama rata wanita dalam Islam ialah berdasarkan konsep keadilan.
Ini bermakna fungsi dan peranan wanita adalah merangkumi bidang pekerjaan yang sesuai dengan sifat kewanitaan dan fizikalnya.

TAMADUN CINA
-Pembentukan komuniti cina banyak dipengaruhi oleh sistem kekeluargaan masyarakat cina-kuasa lelaki dan bapa.
-Sistem kekerabatan berasaskan hubungan darah.
-Sistem kelas dalam komuniti ditentukan oleh tahap pendidikan dan kemahiran.

TAMADUN INDIA
-Berbeza daripada tamadun lain, komuniti dalam tamadun India mempunyai peraturan yang ketat.
-Sistem sosial dan komuniti berasaskan sistem kasta.
-Penentuan kasta seseorang adala secara ascribed iaitu diwarisi daripada nenek moyang.
-Sistem kasta turut menentukan jenis pekerjaan yang boleh dilakukan dan layanan yang patut diberikan kepada individu tersebut.
-Sistem kasta mempengaruhi semua aktiviti kehidupan dalam komuniti.
-Konsep dharma ditekankan dalam hubungan sesama anggota masyarakat.
-Dharma menggariskan fungsi dan peraturan bagi menentukan apa yang harus dilakukan oleh setiap anggota.

Friday, April 27, 2012

Interaksi Pelbagai Tamadun..


Interaksi Antara Pelbagai Tamadun (Melayu, Cina, India).



PENGENALAN
- Proses interaksi bermula dengan proses pembudayaan yang mengintegrasikan masyarakat berbilang ras atau etnik. 
- Melalui proses interaksi antara budaya, maka terbentuk interaksi peringkat tamadun
- Perdagangan memainkan peranan yang penting dalam proses interaksi antara tamadun.


Interaksi Tamadun India dan China
- Rekod sejarah China, berlaku melalui hubungan perdagangan seawal kurun ke-2 S.M. 
- Jalan Sutera yang menjadi laluan para pedagang - saluran interaksi 
- Selain daripada barang dagangan, agama Buddha merupakan komoditi terpenting yang dibawa ke China
- Pada kurun ke-2, telah berlaku pertembungan di antara tamadun Cina dan tamadun India di rantau Asia Tenggara melalui aktiviti perdagangan.

Kesan:
1.Penyebaran Agama Buddha
- Dibawa masuk ke China kurun pertama masihi
- Maharaja hantar wakil ke India utk fahami & mendalami ajaran 
- Disesuaikan dgn tradisi budaya masyarakat Cina; doktrin Daoisme & Konfusianisme 
- Sami dr China menetap di India & pelajari kitab Buddha (bahasa Sanskrit & Pali)
- Berjaya menyusun doktrin Buddha dalam satu koleksi (Tripitaka) 

2. Sains dan Teknologi
- Dari China - pembuatan kertas, tembikar, bahan letupan, percetakan & kompas 
- Perubatan Cina mendapat tempat dan diberi penghormatan yang tinggi di India
- Dari India - teknologi India menghasilkan gula daripada tebu, 60 koleksi ilmu astronomi India telah diterjemah ke bahasa Cina ahli astronomi India pernah berkhidmat di China sistem kalendar lunar Cina yang baru 
- Karya perubatan India pula banyak diterjemah ke dalam bahasa Cina 

3.Bahasa, Kesusasteraan dan Kesenian
- Ilmu fonetik Cina guna pengetahuan dan teknik ilmu fonetik Sanskrit - dipelajari melalui ajaran Buddhisme 
- Kitab Buddha juga telah membekalkan bahan untuk panduan dan rujukan kepada kesusasteraan Cina- perbendaharaan kata, tema, gaya dan genre. 
- Seni muzik India – alat muzik Cina yg berasal dari India :- pipa dan konghou


INTERAKSI TAMADUN MELAYU – TAMADUN INDIA 

- Bermula seawal abad ke-3 SM
- Bhn bertulis dari India - ada menyebut ttg “Malayadvipa” (Semenanjung Melayu)
- Tujuan utama kedatangan para pedagang dari India ke Tanah Melayu - bagi dapatkan emas
- Suvarnabhumi (tanah emas) – gelaran diberi kpd Tanah Melayu

Kesan:
1.Penyebaran Agama
- Agama Hindu dan Buddha telah diterima dan menjadi pegangan penduduk tempatan yang sebelumnya berpegang kepada kepercayaan animisme. 
- Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang pula merupakan tinggalan pengaruh ajaran Hindu kerajaan Chola ketika menguasai Kedah. 

2.Sistem Pemerintahan
- konsep “Dewaraja” (dlm bhs Sanskrit yang bermakna God King) - konsep ketuhanan agama Hindu yg membesarkan keagungan dewa-dewi & dikaitkan dgn kedudukan serta status Raja sbg jelmaan Tuhan
- Upacara pertabalan - bg mengekalkan status tinggi Raja 
- Panca Persada yg spt Gunung Mahameru, memperlihatkan pengaruh kosmologi Hindu-Buddha. 

3.Struktur Masyarakat
- Akibat pengaruh dari sistem kasta (susun lapis dalam masyarakat) terdapat pemisahan jelas golongan atasan/ bangsawan yang dianggap lebih mulia dgn golongan rakyat biasa.
- Pengaruh ini telah membawa kepada munculnya masyarakat ‘feudal’ dalam kehidupan masyarakat Melayu 

4.Adat resam dan Budaya
- Kedatangan agama Hindu pengaruhi kehidupan seharian dan adat resam masyarakat Melayu:- amalan jampi & mentera 
- Amalan adat di kalangan masyarakat Melayu seperti melenggang perut, bertindik telinga, bersanding dan berinai, mencecah garam dan menjejak kaki ke bumi bagi bayi, 
- Masyarakat ‘India Chittyan’ memperlihatkan persamaan dgn kebudayaan Melayu 

5. Bahasa
- Pengaruh bahasa Sanskit 
- Penemuan Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M), Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M), Batu Bersurat Kota Kapur (686 M) dan Batu Bersurat Karang Berahi (692 M) buktikan pengaruh bhs Saskrit dlm bhs Melayu kuno yg digunakan ketika itu 
- Batu Bersurat Terengganu, selain drp perkataan Arab, turut ditemui 29 perkataan dari bahasa Sanskrit

Pengaruh Dari Bahasa Sanskrit(Perbandingan Bahasa Melayu Lama dan Baru)
Bhakti = bakti
Bhumi = bumi
Dosa = dosa
Drohaka = derhaka
Maharddhika = merdeka
Prakara = perkara
Rupa = rupa
Samicra = mesra
Tathapi = tetapi
Vela = bila

6.Kesusasteraan
- Kesusasteraan Sanskrit seperti Epik Ramayana & Mahabharata 
Hikayat Seri Rama dpt inspirasi drp E.Ramayana
- Epik Mahabharata diberi wajah tempatan - Hikayat Pendawa Lima, H.Pandawa, H.Panda Delima & H.Sang Boma
- Karya sastera Melayu tradisional pentingkan aspek kesenian, keromantisan, keagungan raja-raja & menyelitkan unsur epik & mitos
- Turut diadaptasikan dlm wayang kulit


INTERAKSI TAMADUN MELAYU – TAMADUN CINA

- Rekod rasmi China bertarikh 638 M mencatatkan Kedah pernah jalin hubungan diplomatik dgn China & para pedagang Kedah berdagang ke China 
- Kedah - pusat perhentian utama bg sami Buddha dr China yg belayar melalui Selat Melaka utk ke India sekitar tahun 250 M 
- Zaman keagungan Kerajaan Melayu Melaka, hubungan diplomatik dgn China penting agar Melaka selamat dr ancaman musuh 
- Laksamana Cheng Ho bawa perutusan pengiktirafan Parameswara sbg pemerintah kjn Melaka oleh Maharaja China
- Maharaja China hantar puterinya, Hang Li Po utk dikahwinkan dgn Sultan Mansur Syah.
- Kelompok yg berasal drp keturunan para pengiring Puteri Hang Li Po lebih dikenali sebagai “Baba dan Nyonya” @ “Peranakan”
- Awal abad ke-19 - setelah kedatangan kuasa British & penubuhan Negeri-negeri Selat, berlaku pertambahan bilangan orang Cina - golongan peniaga yang berjaya dan dikenali sbg “Cina Selat” @Straits Chinese 

Kesan:
1. Penyebaran Agama 
- Islam di Tanah Melayu di peringkat awalnya dikatakan dtg dari Tanah Besar China ekoran hbg perdagangan 
- Islam yg dtg melalui para pedagang dr Canton dan Hainan pada kurun ke-9 dibuktikan dgn penemuan batu bersurat di Campa bertarikh 1039, di Brunei (1048), di Laren, Jawa (1082).

2. Warisan Cina Peranakan 
- Dikenali sebagai Baba dan Nyonya. 
- Kebudayaan mereka turut mempunyai unsur pengaruh kebudayaan Melayu. 
- Bahasa Melayu Baba byk mengandungi perkatan Hokkien 
- Cara masakan dipengaruhi oleh gaya masakan Melayu dan menjadi kebiasaan bagi mereka makan guna tangan 
- Pakaian kebaya dan kain sarong 

3. Kebudayaan 
- Pertukaran barangan sbg hadiah melalui misi diplomatik perkenalkan pelbagai tekstil (kain) dari negara China seperti kain sutera dan kain kapas, barangan porselin, tembikar dan logam, serta makanan seperti kicap, taugeh dan tauhu. 
- Adat memberi ang pau yang bermaksud ‘sampul merah’

4. Perubatan dan Teknologi
- Rawatan akupuntur dan herba bertujuan menseimbangkan ‘yin’ dan ‘yang’
- Perubatan herba Cina yang jumlahnya melebihi 1,000 jenis mengubat penyakit seperti asma, anemia dan kanser. 
- Teh Cina ataupun ‘green tea’ 
- Teknologi - perlombongan, pertanian dan pertukangan 
- Teknologi baru seperti penghasilan barangan termasuklah gula, kertas, kain, bahan letupan, lilin 

INTERAKSI CHINA DAN JEPUN
Berlaku secara aman.
Asimilasi Tamadun China dalam Tamadun Jepun telah diperkukuhkan identiti oleh Tamadun Jepun.
Dari segi agama dan tulisan
- agama Buddha diperkembangkan dalam Tamadun Jepun. (Agama Shinto)
- Tulisan Cina menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun. (Hiragama Kalakana)
Perkembangan intelektual dan kesusasteraan.
- Upacara seperti upacara minum teh dan seni taman. 
- Struktur pembinaan bandar.
- Ajaran falsafah Konfusianisme seperti penekanan kepada institusi keluarga.
- Konsep mandat dari Syurga telah memperkukuhkan kedudukan Maharaja Jepun yang dipercayai berasal daripada keturunan Dewi Amaterasu.
- Sistem pemerintahan berpusat

Nilai-nilai Universal Antara Tamadun
1. KETERBUKAAN
-Prinsip bertolak ansur diamalkan dalam menggarap idea dari tamadun lain.
Sbg contoh tamadun Yunani berkongsi peradaban mereka dengan tamadun India,China,Iran.
-Contoh keterbukaan Islam menerima idea luar tetapi menapisnya terlebih dahulu.Kubah masjid berasal dari seni bina Graeco-Roman

2. KESEJAGATAN
-Mengimbangi tamadun dengan sifat semulajadi manusia dan mengiktiraf keistimewaan manusia.
Cth:pengaruh falsafah Yunani terhadap Islam namun perbahasan tentang falsafah dan kekuatan akal tidak dapat menandingi peranan wahyu dalam Islam.
-Keperluan manusia untuk hidup aman damai perlu diiktiraf oleh seluruh tamadun manusia.

PERSAMAAN & PERBEZAAN ANTARA TAMADUN

- Perbezaan ketara adalah dalam aspek teologi.
- Persoalan etika kurang mencetuskan kontroversi antaranya:

1. Alam sekitar-hidup harmoni dengan alam.
2. Keluarga-asas pembentukan masyarakat
3. Komuniti-menentukan personaliti dan identiti manusia.
4. Kerajaan-moral/akhlak sangat penting,para sarjana spt Moh-Tze,Kautilya,Mawardi membincangkannya dlm buku masing-masing 
5. Ekonomi-moral semesta
6. Pendidikan-pembinaan sifat-sifat manusia
7. Kesihatan-pandangan dan pendekatan holistik

Monday, March 26, 2012

OpEnInG EnTrY..!

 
assalamualaikum w.b.t , selamat sejahtera, salam satu Malaysia..
terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog kami ini 
dan meluangkan masa anda untuk membaca entry kami ini.. ^^

blog ini ditubuhkan adalah bertujuan untuk memenuhi sukatan pelajaran subjek Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (euw233) yang kami ambil di semester ke-2 tahun pertama pengajian kami di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)..

berikut merupakan ahli-ahli kumpulan kami : 

diharapkan blog yang ditubuhkan ini mampu memberikan sedikit sebanyak maklumat dan infomasi yang berguna kepada semua pembaca.. kami juga akan mencuba sedaya upaya untuk menjadikan bahan yang dihasilkan bermakna dan menarik untuk dibaca.. 

jangan lupa datang lagi ye untuk membaca perkembangan terbaru blog ini disamping mendapatkan maklumat-maklumat yang berguna untuk kegunaan kita bersama.. insyaALLAH..
terima kasih.. thanks.. xie xie.. namaste.. kamsahamida..  :D